≠
Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu
kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia
atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi
diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair
kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.
≠
Se0rang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat
bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita,
kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.
≠
Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu
amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup
dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit
tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki,
akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.
≠
Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu
untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur
bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa
empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan
Abu Daud).
≠
Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi se0rang
perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM
bagi se0rang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun
se0rang perempuan atau se0rang lelaki membenarkan 0rang lain untuk mencukur
bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali
pendedahan se0rang isteri untuk suaminya atau se0rang suami untuk isterinya.
≠
Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya se0rang
perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah
binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya
kepada Aishah mengenai hal ini.
≠
Aisyah menjawab : “P0k0k yang baik dan air yang
suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu
mempunyai suami dan kamu b0leh menggugurkan dua biji mata kamu dan
menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.
≠
Membersihkan muka bagi se0rang perempuan dan
juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dib0lehkan. Akan tetapi
rambutnya hendaklah ia mengh0rmati dan memeliharanya. Begitu juga jika
sekiranya janggut atau misai tumbuh pada se0rang perempuan, maka hendaklah ia
menghapuskannya.
0 comments:
Post a Comment