.
≠
≠
Kini, cerita sebenar dan gambar cincin yang
tersangkut itu telah tersebar di alam maya.
≠
Rupa-rupanya cincin yang dimaksudkan adalah
gelung besi penyambung atau bearing kenderaan.
≠
Mengikut pengakuannya kepada akhbar Sinar
Harian, pemuda yang terlibat dalam kejadian gempar lagi memalukan ini
menyatakan dia melakukan perbuatan tersebut untuk suka-suka sahaja sekitar jam
5 petang, Sabtu lalu di rumahnya yang terletak di Kampung Dewa Beta.
≠
Bagaimana pun keadaan menjadi ‘tak terkawal’
apabila bearing tersebut tidak dapat dikeluarkan walau selepas puas berusaha
sendirian hingga mengakibatkan kemaluannya membengkak.
≠
Selepas menahan sakit selama 11 jam, akhirnya
pemuda itu mengalah dan meminta bantuan bapanya lantas dia dikejarkan ke H0spital
Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) jam 3 pagi, Ahad.
≠
Malang sekali d0kt0r pun tidak dapat berbuat
apa-apa untuk mengeluarkan bearing tersebut kerana kemaluannya membengkak
hingga terpaksa meminta bantuan unit kecemasan b0mba (Emergency Medical Rescue
Team EMRS).
≠
Mujurlah bearing itu berjaya dikeluarkan selepas
dilakukan penuh hati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada alat sulitnya.
≠
Kami percaya, pemuda terlibat telah mendapat
pengajaran berguna daripada kejadian ini dan diharapkan kaum lelaki di luar
sana pun belajar sesuatu daripadanya iaitu jangan cuba-cuba letakkan sesuatu
yang bukan pada tempatnya kalau tak mahu ditimpa susah!
0 comments:
Post a Comment